Site icon TechNave BM

realme GT2 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, 2K AMOLED 6.7″ 120Hz, kamera 50MP berharga RM2,999

Baru-baru ini, realme Malaysia telah melancarkan realme GT2 Pro untuk pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan, siri realme GT 2 telah dilancarkan di MWC Barcelona 2022 pada 1 Mac lalu. Siri realme GT 2 Pro merupakan telefon kelas andalan dengan prestasi yang sangat memberangsangkan.

GT2 Pro dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1 4nm, pilihan RAM 8GB atau 12GB dan pilihan storan UFS 3.1 128GB atau 256GB. realme GT2 Pro mempunyai kamera utama 50MP f/1.8 yang menggunakan sensor Sony IMX766 1/1.56 inci dengan PDAF dan OIS omni-directional.

Selain tu terdapat dua lagi kamera yang menempatkan sensor ultralebar 50MP 150 darjah pertama di dunia dan kamera mikroskop 3MP dengan 40x zum. Ia juga merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan skrin 2K AMOLED 6.7 inci dengan teknologi LTPO 2.0, kadar segar semula yang boleh ditetapkan secara automatik daripada 1 hingga 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 1000Hz dan mempunyai perlindungan kaca Gorilla Glass Victus.

Terdapat teknologi penyejukan yang dinamakan sebagai Stainless Steel Vapor Cooling Max di mana ia berfungsi mengawal suhu telefon dengan melepaskan haba dengan menggunakan plat besi pada bahagian dalam telefon.

realme mendakwa peranti ini mempunyai papan pelesapan haba terbesar dalam industri telefon pintar iaitu berukuran 36,761mm2 dan mampu mengurangkan 19°C suhu pada kemuncak pretasi telefon serta 25% menggunakan tenaga secara efisien.

Spesifikasi lengkap realme GT 2 Pro:

realme GT2 Pro mempunyai jaminan kemas kini OS selama 3 tahun dan kemas kini keselamatan Android selama 4 tahun. realme GT2 Pro dijual pada harga istimewa awal penjualannya iaitu RM2,599 (harga asal RM2,999). Selain daripada harga istimewa ditawarkan, terdapat juga hadiah percuma realme Buds 2 Neo dengan setiap pembelian realme GT 2 Pro bermula 25 Mac sehingga 31 Mac 2022.

Anda boleh membelinya di kedai rasmi realme Malaysia di Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version