Site icon TechNave BM

realme GT2 Master Explorer bakal jadi telefon pertama dengan RAM LPDDR5X

realme GT2 Explorer Master akan dilancarkan pada 12 Julai dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Syarikat itu mendedahkan spesifikasi peranti menunjukkan bahawa telefon ini akan membawa prestasi yang hebat. Dengan pelancarannya yang tidak lama lagi, realme mengesahkan bahawa realme GT2 Master Explorer akan menjadi telefon yang pertama di dunia dengan RAM LPDDR5X.

Di Weibo pula, realme mengesahkan GT2 Master Explorer akan diperkemas dengan bahan logam, paparan 10-bit dengan HDR10+ dan kadar penyegaran semula sehingga 120Hz. RAM LPDDR5X yang digunakan akan menawarkan kelajuan yang lebih tinggi sehingga 8.5 Gbps sambil menggunakan 20% kurang tenaga berbanding LPDDR5 pada 6.4 Gbps.

Skrin realme GT2 Master Explorer akan mempunyai lebih 16,000 tahap kecerahan automatik untuk “pengalaman perlindungan mata”. Panel hadapannya akan mempunyai bezel ultra-nipis di bahagian bawah pada hanya 2.37 mm.

Menjelang pelancarannya, pasti akan terdapat maklumat baharu yang akan didedahkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Weibo

Exit mobile version