Site icon TechNave BM

realme GT2 Master Explorer Edition akan dilancar pada 12 Julai 2022

Sebelum ini, realme GT2 Master Explorer Edition sudah pun disenaraikan dalam senarai pengiktirafan China TENAA, di mana ini mungkin petunjuk bahawa ia akan dilancar tidak lama lagi. Kini realme sudah mengesahkan bahawa telefon itu akan dilancar di China pada 12 Julai 2022.

Dalam sebuah kiriman di Weibo, realme menyifatkan telefon itu dengan aktiviti penerokaan dan berkhemah di bawah langit malam.

Setakat ini, tiada spesifikasi sudah disahkan untuk realme GT2 Master Explorer Edition. Berdasarkan penyenaraian TENAA sebelum ini, telefon it akan dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED 120Hz 6.7 inci, RAM sehingga 8GB, storan dalaman sehingga 512GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 100W.

Untuk fotografi pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP.

Rupa bentuk realme GT2 Master Explorer Edition, menurut TENAA

Spesifikasi di atas hanyalah andaian sahaja dan tiada maklumat rasmi daripada realme setakat ini. Pada tahun lepas, realme GT Master Edition telah dilancar di Malaysia dengan harga bermula RM1,499 dan ia menampilkan spesifikasi telefon kelas pertengahan dan rekaan belakang yang unik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version