Site icon TechNave BM

realme GT2 Pro dijual pada harga lebih murah sebanyak RM200

realme Malaysia telah mengumumkan harga pasaran baharu untuk realme GT2 Pro (RAM 12GB + storan 256GB) iaitu RM2,799. Harga ini adalah lebih rendah daripada harga asalnya iaitu RM2,999, membuatkan telefon ini lebih mampu milik jika anda ingin memilikinya sekarang.

realme GT2 Pro merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang sangat berkuasa untuk harganya, dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 5G, skrin AMOLED 120Hz berukuran 6.7 inci yang dibina dengan kaca Gorilla Glass Victus, kamera 50MP + ultra-lebar 50MP + makro 3MP dan pengecasan pantas 65W.

Satu lagi perkara menarik adalah rekaannya yang dibuat daripada bahan kertas kitar semula yang menghasilkan tekstur unik. Jangan lupa untuk tonton dahulu video kami tentang telefon ini:

Harga ini boleh didapati dari kedai realme Brand Stores dan pengedar sah di seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version