Site icon TechNave BM

realme GT2 Pro merupakan telefon kelas andalan pertama miliki kemas kini Android 13

Xu Qi, naib presiden realme, mengumumkan bahawa realme GT2 Pro akan menjadi telefon andalan pertama di China yang menjadi pengguna awal sistem Android 13. Pada Android 13, UI baharu menyokong lebih banyak pilihan penyesuaian mesra pengguna dan memperkenalkan kawalan palet berasaskan kerta dinding (wallpaper).

Ia juga membawa animasi yang lebih intuitif untuk pengalaman yang lebih lancar. Selain itu, Android 13 sekali lagi menyertakan privasi dan keselamatan sebagai kemas kini utama. Kali ini Android 13 menambah pemilih foto yang membolehkan pengguna berkongsi foto dan video dengan satu aplikasi.

Lebih penting lagi, Android 13 telah dioptimumkan untuk peranti skrin besar seperti skrin lipat dan tablet. Google juga telah mengoptimumkan reka bentuk antara muka supaya lebih banyak aplikasi boleh menyesuaikan diri dengan lancar pada peranti Android dengan saiz yang berbeza menjadikan pengalaman aplikasi lebih baik.

Selain itu, Android 13 akan menyokong penambahan pengimbas QR pada skrin kunci menjadikannya lebih mudah untuk pengguna mengimbas kod QR. Tambahan pula, pusat kawalan juga mempunyai butang untuk mengimbas kod QR dan pengguna boleh terus mengimbas kod selepas mengklik.

Dilaporkan bahawa Android 13 akan dikeluarkan secara rasmi pada persidangan Google I/O pada awal pagi 12 Mei. Kali ini, Realme GT2 Pro disesuaikan dengan pratonton pembangun Android 13. Pengguna boleh memuat turun dan menjadi pengguna awal dalam kemas kini versi komuniti realme.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version