Site icon TechNave BM

realme GT5 akan dilancar pada 28 Ogos 2023 bersama beberapa peranti lain

realme akan mengumumkan pelancaran realme GT5 pada 28 Ogos 2023 sempena ulang tahun kelima syarikat itu dalam industri ini. Dikatakan juga bahawa varian Pro akan dilancarkan pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, terdapat peranti audio baharu yang turut diumumkan iaitu realme Buds Air 5 dan Buds Air 5 Pro. realme GT5 mungkin dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan pulau kamera yang menonjol. Reka bentuknya juga pernah didedahkan yang hampir serupa seperti OnePlus 10 dan siri Galaxy S21.

Bagi realme Buds Air 5, peranti ini akan mempunyai teknologi pembatalan hingar aktif (ANC) pada 50dB, ciri yang sebelum ini terdapat pada varian Pro. Selain itu, poster promosi juga menunjukkan pengurangan hingar frekuensi 4,000 Hz UW yang hanya akan menangkap suara manusia dan bukan bunyi sekelilingnya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

Sumber: Weibo 1/ Weibo 2

Exit mobile version