Site icon TechNave BM

realme GT5 mungkin bawa pengecasan kilat melebihi 240W

Hari ini, Presiden realme China, Xu Qi mengeluarkan kenyataan di Weibo mengumumkan bahawa realme GT5 akan membawa pengecasan kilat.

Di Weibo, Xu Qi menyatakan, “Sebagai pelopor dalam industri dengan pelancaran 150W pertama dan satu-satunya pengeluaran 240W yang telah dihasilkan secara meluas, hanya realme yang benar-benar mampu mendominasi pengecasan kilat ini.”

Dengan kenyataan ini, realme GT5 yang akan datang mungkin melebihi kuasa pengecasan 240W. Perlu dinyatakan, berdasarkan maklumat yang telah dikeluarkan sebelum ini, selain daripada peningkatan kuasa cas, realme GT5 juga menunjukkan kecemerlangan dalam banyak aspek lain.

realme GT5 akan mempunyai pemproses Snapdragon 8 gen 2 dan versi memori dengan kapasiti tertinggi pada 24GB. Untuk imbasa kembali ingatan anda, realme telah dikhabarkan akan memperkenalkan GT Neo6 ke pasaran global dalam beberapa minggu akan datang sebagai GT5.

Menjelang akhir tahun ini, jenama itu akan memperkenalkan GT5 Pro yang akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 3. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

Sumber: Mydrivers

Exit mobile version