Site icon TechNave BM

realme GT8 Pro dilengkapi UI 7.0 bakal tiba di Malaysia November ini

realme hari ini mengumumkan realme UI 7.0 iaitu antaramuka generasi baharu berasaskan Android 16 yang menampilkan rekaan lebih ringan, moden dan dipacu kecerdasan buatan (AI). Ia akan dilancarkan bersama realme GT8 Pro di Malaysia pada November 2025.

realme UI 7.0 hadir dengan rekaan “Light Glass” yang mempamerkan kesan kaca lut sinar elegan. Antara elemen utama termasuk Ice Cube Icons, Misty Glass Control Center dan Breathing Dock yang memberi animasi interaktif sewaktu pengecasan. Turut disertakan Flux Theme 2.0, menyokong Live Photos, video wallpapers dan efek AI Dynamic Depth of Field.

Fokus besar kali ini ialah integrasi AI. Fungsi seperti AI Notify Brief membolehkan pengguna menerima ringkasan notifikasi pagi dan malam manakala AI Framing Master menawarkan panduan komposisi ketika mengambil gambar. Ciri lain seperti AI Gaming Coach pula membantu menstabilkan prestasi ketika bermain permainan berat.

Menariknya, realme UI 7.0 turut menambah sokongan sambungan dengan iPhone dan Apple Watch untuk memperluas keserasian merentas platform. Enjin Flux Engine menjanjikan peningkatan respon sistem hingga 15%, prestasi harian 22% dan kelancaran menatal 29% berbanding generasi terdahulu. Ciri baharu seperti Multi-task Sidebar dan animasi lebih pantas turut disertakan.

realme UI 7.0 akan mula diperkenal bersama realme GT8 Pro di pasaran Malaysia pada November 2025 dengan maklumat lanjut bakal dikongsi di laman rasmi realme tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version