Site icon TechNave BM

realme ingin beri realme 7 Pro Horizon Orange percuma, hingga malam ini sahaja!

Sempena Tahun Baru Cina, pelbagai jenama telefon pintar telah menawarkan jualan dan diskaun. Penawaran yang baik ini termasuklah melalui realme yang menawarkan bukan diskaun, tetapi realme 7 Pro Horizon Orange percuma.

Cabutan bertuah atau giveaway ini layak dimenangi oleh 3 orang pemenang. Menurut realme, terdapat 3 unit realme 7 Pro Horizon Orange Vegan Microgain Leather untuk dibawa pulang oleh pemenang bertuah. Untuk memenanginya, anda hanya perlu mengikuti langkah yang dipaparkan oleh realme seperti di bawah.

Facebook realme Malaysia

Untuk makluman, cabutan bertuah ini akan berakhir jam 11.59 malam ini (12 Februari 2021). Sepintas lalu,  realme 7 Pro yang dilitupi kulit Vegan Micrograin hadir dengan cipset Snapdragon 720G, paparan 6.4 inci Super AMOLED dan pengecasan pantas 65W SuperDart. Ia turut dilengkapi kamera utama quad 64MP IMX682 + 8MP ultra lebar + 2MP lensa potret monokrom + 2MP lensa makro dan kamera swafoto 32MP.

Adakah anda akan menyertainya? Lihat maklumat lanjut di laman Facebook realme Malaysia dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme Malaysia

Exit mobile version