Site icon TechNave BM

realme Koi ialah nama rasmi untuk peranti pertama realme dengan Snapdragon 888

Kita sudah sedia maklum bahawa realme bakal melancarkan peranti pertamanya yang dijana Snapdragon 888 pada awal tahun 2021. Pelbagai spekulasi telah timbul di internet mengenai peranti ini. realme kini mengesahkan bahawa peranti pertama realme Snapdragon 888 diberi nama realme Koi.

Pandangan pertama apabila membaca nama realme Koi adalah imbasan ikan koi. Ternyata benar, realme Koi diinspirasikan dari ikan koi yang terkenal dengan keunikan warnanya. Oleh itu, realme Koi juga bakal hadir dengan rekaan dan warna yang menarik.

realme telah memuat naik poster realme Koi di laman carian popular China Weibo. Namun, realme masih tidak mengongsikan apa-apa berita mengenai spesifikasi realme Koi.

realme Koi dahulunya dirujuk sebagai redmi Race oleh kerana nama kodnya. Menurut sumber terdahulu, realme Koi bakal dilengkapi RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Kami juga telah mengongsikan dua gambar peranti yang didakwa sebagai redmi Koi. Merujuk kepada nama Koi, kelihatannya sumber gambar rekaan yang pertama lebih menepati imej sebuah peranti dengan rekaan dan warna menarik.

Kongsikan pandangan anda mengenai nama realme Koi di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version