Site icon TechNave BM

realme lancarkan Game Pro Kit dan fon telinga wayarles Buds Air 2 dengan ANC, bermula ~RM7

Selain melancarkan siri telefon pintar realme Narzo 30, realme turut melancarkan aksesori baru untuk mereka yang gemar memainkan game mudah alih iaitu realme Game Pro Kit dan fon telinga wayarles realme Buds Air 2.

realme Game Pro Kit adalah beberapa aksesori pelengkap untuk telefon pintar yang terdiri daripada kipas Cooling Back Clip yang mampu mengekalkan suhu 25°C pada telefon, Mobile Game Controller yang boleh berfungsi selama 80 jam dan sarung jari Mobile Game Finger Sleeves untuk leretan jari yang lebih selesa pada skrin.

Sementara itu, realme Buds Air 2 pula adalah fon telinga wayarles true wireless stereo (TWS) yang dilengkapi pembatalan hingar aktif (active noise cancellation, ANC). Walaupun ia nampak serupa dengan Buds Air pertama, realme mengatakan hayat bateri Buds Air 2 adalah lebih lama sebanyak 80% dan masa tindak balas (latency) juga dikurangkan sebanyak 35%. Ia juga dilengkapi pemacu (driver) HiFi 10mm Diamond-class untuk mutu bunyi yang lebih baik.

Berikut adalah harga untuk produk-produk realme yang disebutkan tadi:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk baru realme dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version