Site icon TechNave BM

realme lancarkan realme Band dengan ‘Cricket Mode’, harga serendah ~RM85

Pelbagai syarikat elektronik telah membina peranti boleh pakai mereka sendiri dan kini realme turut mengikut sama. Hari ini di India, realme melancarkan realme Band, sebuah peranti boleh pakai yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

realme Band mempunyai skrin berukuran satu inci dengan resolusi 160×80. Ia dilengkapi pelbagai sensor yang biasanya terdapat dalam peranti boleh pakai seperti kadar degupan jantung, masa tidur, bilangan langkah kaki dan sebagainya. Turut menarik perhatian adalah Cricket Mode untuk memberi statistik penting sewaktu bermain sukan kriket.

Jam tersebut boleh menunjukkan notifikasi daripada pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter, TikTok, YouTube dan sebagainya. Dengan menghubungkan telefon anda menggunakan aplikasi realme Link, pengguna boleh mengubah tahap keterangan skrin realme Band dan mengubah corak jam yang dipaparkan pada skrin itu.

Ia akan dijual di India pada harga 1,499 Rupee (~RM85). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: NDTV

Exit mobile version