Site icon TechNave BM

realme Malaysia akan lancarkan 8 peranti TechLife AIoT pada 7 Oktober 2021

Barisan produk terbaru realme TechLife seperti realme TechLife Air Purifier, realme TechLife Handheld Vacuum dan enam peranti pintar AloT lain akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Oktober ini. Peranti mesra pengguna ini berteknologi tinggi dan melakukan pembersihan yang menakjubkan dengan harga yang berpatutan.

realme TechLife Air Purifier dilengkapi dengan Sensor Kualiti Udara Berketepatan Tinggi yang mengesan kualiti udara di sekitar penggunanya. Ia mempunyai sistem penapis H12 HEPA tiga tahap yang berupaya menapis kandungan udara PM 2.5 sehingga 99.95%. 

realme TechLife Handheld Vacuum pula mempunyai penapis HEPA canggih dan dilengkapi kuasa sedutan 140W pada kelajuan 10,500RPM dengan kekuatan maksimum 9.5KP. Anda boleh menonton pelancaran rasmi secara langsung di Facebook realme pada hari Khamis, 7 Oktober 2021 jam 12:00 tengahari.

Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version