Site icon TechNave BM

realme Malaysia anjurkan muzium 108MP pertama di dunia sempena pelancaran realme 8 Pro

Telefon pintar realme 8 Pro akan dilancar di Malaysia pada hari Khamis, 22 April 2021 jam 12:00 tengah hari dan sempena pelancaran khas tersebut, realme akan memperkenalkan sebuah muzium khas bernama 108MP Live Museum di realme Design Studio, Kuala Lumpur.

Muzium tersebut akan memaparkan gambar yang diambil dengan kamera 108MP oleh lima orang ahli fotografi tempatan. Pameran tersebut boleh dilihat secara dalam talian atau di lokasi realme Design Studio, di mana pengunjung boleh melihat gambar resolusi tertinggi yang boleh diambil dengan sebuah telefon pintar.

108MP Live Museum ini akan dibuka bermula 22 April sehingga 2 Mei jam 6:00 petang. Pengunjung yang berminat untuk melihat pameran istimewa ini boleh membuat pendaftaran awal di laman web 108MP Live Museum.

realme 8 Pro dilengkapi kamera kuad 108MP, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 50W SuperDart Charge dan skrin Super AMOLED 6.4 inci. Jangan lupa untuk tonton video unboxing kami untuk maklumat terperinci tentang peranti ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version