Site icon TechNave BM

realme Malaysia anjurkan promosi 10.10 Super Sale, diskaun telefon sehingga RM500

realme Malaysia bakal menganjurkan promosi khas 10.10 Super Sale pada 10 Oktober 2024 di mana anda berpeluang mendapatkan diskaun dan baucar untuk pelbagai peranti realme seperti realme GT 6T, realme 12 Pro+ 5G dan banyak lagi.

Diskaun yang ditawarkan akan bergantung kepada platform e-dagang yang menganjurkan promosi ini. Sebagai contoh dalam TikTok Shop, anda berpeluang mendapatkan diskaun sehingga RM250 dan baucar sehingga RM300 untuk peranti realme yang terlibat dalam promosi ini. Promosi dalam TikTok Shop akan berlangsung pada 6 hingga 10 Oktober.

Selain itu, Shopee akan menawarkan penjimatan sehingga RM500 dan pulangan tunai sehingga 10% untuk produk realme terpilih. Dalam Lazada pula, anda boleh dapatkan potongan harga sehingga RM360 dan baucar sehingga RM600. Promosi dalam Shopee dan Lazada hanya akan berlangsung pada 10 Oktober sahaja.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai produk realme yang terlibat dalam promosi ini:

ProdukHarga asalHarga promosi
TikTok Shop | 6-10 Oktober
realme 12+ 5GRM1,499RM1,199
realme 12x (8GB + 256GB)RM1,099RM799
realme Buds T110RM139RM89
Shopee | 10 Oktober
realme GT 6T (12GB+256GB)RM2,399RM1,899
realme 11 5G (8GB+256GB)RM1,199RM699
realme C67 (8GB+256GB)RM899RM591
Lazada | 10 Oktober
realme 12 Pro+ (12GB+512GB)RM2,099RM1899
realme GT 6 (16GB+512GB)RM2,899RM2,799
realme Pad 2 (6GB+128GB), (8GB+256GB)RM1,299RM1,199

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version