Site icon TechNave BM

realme Malaysia anjurkan promosi 12.12, diskaun pelbagai peranti sehingga 60%

realme Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan promosi jualan akhir tahun 12.12 yang bakal menawarkan diskaun sehingga 60% untuk pelbagai jenis peranti. Ia akan ditawarkan dalam Shopee, Lazada dan TikTok Shop namun anda perlu tahu bahawa setiap platform ini mempunyai promosi dan tempoh yang berbeza.

Di TikTok Shop, bermula hari ini sehingga 12 Disember 2025, pelanggan boleh dapatkan diskaun sehingga RM1,000 dan dapatkan baucar penghantaran percuma. Beberapa peranti terpilih seperti realme 14 5G juga akan menawarkan hadiah percuma.

Di Shopee, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 50%, cashback sehingga 18% dan baucar penghantaran percuma. Promosi ini akan berlangsung pada 11 Disember, jam 8:00 malam sehingga 12 Disember.

Di Lazada, anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM1,000, baucar potongan harga sehingga 15% dan baucar penghantaran percuma. Ia akan ditawarkan bermula 11 Disember, jam 8:00 malam sehingga 14 Disember.

Berikut adalah senarai peranti yang terlibat dalam promosi ini:

ModelHarga selepas baucarHarga asal
TikTok Shop (1 hingga 12 Disember)
realme 14 5G (8GB+256GB) *Percuma set pelindung skrin kaca bernilai RM109RM999*RM1,199
realme P3 UltraRM1,379*RM1,699
Shopee (8pm, 11 hingga 12 Disember)
realme 13+ (12GB+512GB)RM1,065*RM1,799
realme Pad 2 Lite (8GB+256GB) *Percuma papan kekunci dan beg simpanan bernilai RM168RM800*RM1,099
Lazada (8pm, 11 hingga 14 Disember)
realme 14 5G (12GB+256GB)RM1,049*RM1,299
realme 13 Pro+RM1,299*RM2,299

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon realme dalam promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version