Site icon TechNave BM

realme Malaysia anjurkan promosi 7.7 Big Sale, diskaun sehingga 60%

realme Malaysia bakal menganjurkan promosi khas pada 7 Julai 2022 nanti iaitu 7.7 Big Sale di laman rasmi realme Malaysia dalam Shopee dan Lazada. Pelbagai kategori produk realme akan dijual dengan harga diskaun pada hari tersebut, termasuklah telefon pintar, fon telinga wayarles dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai produk yang akan dijual pada harga istimewa dalam promosi ini:

ProdukHarga asal (RM)Harga promosi (RM)
realme Buds Q2s (Shopee / Lazada)RM139RM109
realme Pad Mini LTE (3GB+32GB)RM749RM709
realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition (8GB+128GB)RM1,499RM1,429
realme Buds Air 3 Limited EditionRM279RM239
realme C35 (4GB+128GB)RM749RM719

Selain produk yang dijual pada harga diskaun, pelanggan juga boleh memenangi sebuah realme Narzo 50i dalam sebuah peraduan yang akan berlangsung sehingga 10 Julai 2022 di laman Facebook realme Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti realme melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version