Site icon TechNave BM

realme Malaysia anjurkan promosi khas pada 6, 7 Julai 2025, diskaun sehingga 60%!

Buat para pembaca yang ingin membeli telefon pintar atau lain-lain gajet daripada realme Malaysia, minggu ini ialah masa yang sesuai. realme Malaysia menganjurkan promosi 7.7 Sale yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2025.

Ia akan dianjurkan dalam platform e-dagang Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Perlu diingati bahawa setiap platform ini menawarkan promosi yang berbeza pada waktu yang berlainan.

Dalam Shopee, mereka menawarkan diskaun sehingga 50% untuk beberapa model telefon terpilih. Anda juga boleh dapatkan kadar faedah 0% dengan SPayLater. Promosi dalam Shopee akan berlangsung pada 6 Julai, 8:00 malam hingga 7 Julai sahaja.

Dalam Lazada, mereka menawarkan potongan harga sehingga RM600, baucar tambahan serta penghantaran percuma. Ia akan berlangsung pada 6 hingga 9 Julai pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu 12:00 tengah malam, 12:00 tengah hari, 2:00 petang, 8:00 malam dan 10:00 malam.

Dalam TikTok Shop, beberapa telefon pintar terpilih akan dijual pada harga promosi. Pembelian telefon-telefon terpilih juga akan diberi bersama realme Buds T01 sebagai hadiah.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai promosi ini:

PerantiHarga asalHarga selepas baucar
Shopee | 6 Julai (8pm) – 7 Julai 2025
realme P3 Ultra (ekslusif dalam talian sahaja, produk baru)RM1,699RM1,399
realme 14x (8GB + 128GB)RM899RM599
realme 13+ (12GB + 256GB)RM1,399RM999
realme C65RM699RM599
Lazada | 6 Julai (8pm) – 9 Julai 2025
realme P3 Ultra (ekslusif dalam talian sahaja, produk baru)RM1,699RM1,399
realme 13 Pro+RM2,299RM1,599
realme C61RM499RM409
realme Note 60xRM369RM289
TikTok Shop | 6 – 8 Julai
realme P3 Ultra (ekslusif dalam talian sahaja, produk baru)RM1,699RM1,399
realme 14x (8GB + 256GB) *Percuma realme Buds neo 2 bernilai RM39RM1,099RM949
realme 12+ 5GRM1,499RM899
realme 13+ (12GB + 512GB) *Percuma realme T01 bernilai RM119RM1,799RM1,199

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version