Site icon TechNave BM

realme Malaysia perkenalkan realstudio, jenama fesyen untuk orang muda!

realme hari ini telah melancarkan jenama baharu di bawah naungannya iaitu realstudio. realstudio adalah jenama fesyen yang menghasilkan produk pakaian untuk generasi muda. Sempena pelancarannya, realstudio akan memperkenalkan koleksi realHYPE yang pertama dari mereka.

Yang menarik, koleksi pakaian pertama mereka adalah hasil berkolaborasi bersama jenama fesyen tempatan iaitu HYPE Clothing CO dan artis tempatan, Kide Baharudin. Koleksi realHYPE ini terdiri dari baju berwarna kuning dan dua kantung beg sling yang berbentuk segi empat dan segi tiga.

Koleksi ini akan dijual pada harga RM99 dan hanya terhad kepada 100 unit sahaja di seluruh negara. Ia akan dijual di Kedai Rasmi realme di Shopeebermula 18 Jun 2021, jam 12 tengah malam.

Adakah anda berminat dengan produk istimewa realme ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version