Site icon TechNave BM

realme Malaysia sambut ulang tahun ke-4 dengan jualan diskaun bagi peranti terpilih sepanjang Ogos ini

realme Malaysia akan menyambut hari lahirnya yang ke-4 pada 28 Ogos 2022 dengan promosi realme 828 Fans Festival. Anda boleh menikmati promosi ini selama sebulan di semua kedai sah realme dan kedai dalam talian rasmi realme Malaysia di Shopee.

Promosi itu termasuk telefon realme terpilih seperti realme C35 dengan varian 6GB + 128GB pada harga RM799 mulai 15 Ogos di semua kedai sah realme. Sementara itu, realme C35 (4GB + 64GB), realme 9 Pro 5G dan realme C11 juga turut ada dalam promosi.

Berikut ialah butiran telefon realme dalam promosi sehingga 31 Ogos 2022:

Selain daripada jualan diskaun, realme Malaysia turut menjadi rakan kongsi telefon rasmi untuk 2022 PUBG Mobile Pro League Spring Championship di Malaysia pada Jun lalu. Mereka amat berbangga dengan pelbagai reka bentuk telefon istimewanya termasuk realme GT Neo 3 dengan reka bentuk jalur lumba, realme GT 2 Pro dengan konsep reka bentuk teknologi kertas, realme GT Neo 3 Edisi Naruto dan realme 9 Pro+ 5G Free Fire Limited Edition.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version