Sempena pelancaran telefon pintar kelas pertengahan realme 10 pada hari ini, realme Malaysia turut mengumumkan tiga perkembangan terbaru yang dikhaskan untuk para pelajar universiti tempatan.
Pertama sekali, realme akan menawarkan program biasiswa realme SEGi Scholarship di mana pelajar yang terpilih akan menerima RM150,000 untuk membiayai pengajian mereka. Biasiswa ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang lengkap dilatih untuk memasuki alam pekerjaan.
Selain itu, realme juga akan menganjurkan pengambilan tenaga kerja dalam kalangan pelajar sebagai pelatih industri (internship) atau pekerja penuh pada bulan Mei dan Jun ini.
Dan yang terakhir adalah tawaran istimewa Special University Student Offer yang menawarkan promosi khas dan pelan ansuran dengan faedah 0% kepada pelajar universiti yang ingin membeli produk-produk realme.
Dalam pada itu, realme Malaysa turut mengumumkan bahawa mereka telah melantik kumpulan penyanyi The Sara Sisters dan streamer Soloz sebagai duta rasmi pada tahun ini.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

