Site icon TechNave BM

realme Malaysia tawarkan diskaun produk sehingga 50% sempena ulang tahun kelima

Bagi menyambut ulang tahun realme yang kelima, realme Malaysia akan menganjurkan promosi khas pada satu hari sahaja (28 Ogos 2023) di Lazada dan Shopee. Beberapa produk realme yang terpilih akan dijual dengan diskaun antara 43 hingga 50 peratus.

Pada masa yang sama, para pelanggan yang telah membeli produk realme daripada laman rasmi dalam Lazada dan Shopee berpeluang untuk membawa pulang televisyen pintar realme Smart TV 4K bernilai RM1,299.

Layari laman rasmi realme Malaysia dalam Shopee dan Lazada untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version