Site icon TechNave BM

realme Malaysia tawarkan diskaun sehingga 50%, RM1,000 sempena 10.10

realme Malaysia akan menganjurkan promosi istimewa 10.10 Double Digit Sale di mana anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM1,000 atau potongan 50% untuk pelbagai peranti realme. Promosi ini akan ditawarkan di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Perlu diingati bahawa setiap platform e-dagang di atas menawarkan promosi dan waktu yang berbeza.

Di Shopee, promosi akan bermula pada 9 Oktober jam 8:00 malam dan akan berlangsung sehingga 10 Oktober. Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 50%, pulangan tunai sehingga 18% dan baucar penghantaran percuma.

Di Lazada, promosi turut bermula pada 9 Oktober jam 8:00 malam, namun akan berlangsung lebih lama iaitu sehingga 12 Oktober. Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga RM1,000, baucar platform 15% dan penghantaran percuma.

Di TikTok Shop, promosi ini telah pun bermula dan akan berlangsung sehingga 10 Oktober 2025. Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga RM900, baucar penghantaran percuma dan lain-lain manfaat eksklusif.

Berikut adalah maklumat penuh untuk peranti realme yang ditawarkan dalam promosi ini:

PerantiHarga asalHarga selepas baucar
Shopee | 9 Oktober (8pm) – 10 Oktober 2025
realme 13+ 5G (12GB+256GB) *Shopee exclusive*RM1,399RM989
realme P3 UltraRM1,699RM1,399
realme Note 60xRM369RM285
Lazada | 9 Oktober  (8pm) – 12 Oktober 2025
realme GT7 5GRM2,599RM2,399
realme 13 Pro+ 5GRM2,299RM1.299
realme C75RM699RM649
TikTok Shop | 1 Oktober – 10 Oktober 2025
realme 14 5G (8GB+256GB) (eksklusif di TikTok sahaja, didatangkan dengan kaca bajaan (tempered glass) bernilai RM109)RM1,199RM999
realme 13 5G (eksklusif di TikTok sahaja)RM1,199RM799
realme Note 60RM399RM349

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version