Site icon TechNave BM

realme Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 sempena promosi bulan Ogos 2024

Bermula hari ini (25 Ogos 2024) hingga 27 Ogos 2024, realme akan bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee, Lazada dan TikTok Shop sempena Payday Sale Campaign yang akan menyaksikan pelbagai perantinya dijual pada harga diskaun.

Sepanjang tempoh tiga hari ini, pelanggan di Lazada boleh membeli realme 12 Pro+ 5G (12GB+512GB) pada harga RM1,911 sahaja (harga asal RM2,099).

Pelanggan Shopee pula boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10%, diskaun tambahan sehingga RM700, baucar eksklusif, perlindungan skrin selama 30 hari serta penjimatan sehingga RM398 untuk realme GT 6T.

Dalam TikTok Shop, pelanggan boleh mendapatkan realme 12+ 5G (12GB+256GB) dan memenangi fon teling wayarles realme Buds T110 (bernilai RM139).

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai promosi ini:

ProdukHarga asal (RM)Harga diskaun (RM)
Shopee – realme GT 6T2,3991,899
Shopee – realme 10 Pro+ 5G (8GB+128GB)1,599939
Shopee – realme 10 Pro+ 5G (12GB+256GB)1,7991,099
Shopee – realme C67 (8GB+128GB)799629
Shopee – realme C67 (8GB+256GB)899699
Lazada – realme 12 Pro+ 5G (12GB+512GB)2,0991,911
Lazada – realme Pad 2 (6GB+128GB)1,2991,065
Lazada – realme Pad 2 (8GB+256GB)1,4991,229
Lazada – realme Buds Air 5 Pro399261
TikTok Shop – realme 12+ 5G (12GB+256GB)1,4991,269
TikTok Shop – realme 11 Pro+ (12GB+512GB)1,9991,569
TikTok Shop – realme 11 5G (8GB+256GB)1,199769

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version