Site icon TechNave BM

realme Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM600 sempena promosi 4.4

Buat mereka yang ingin beli telefon realme dalam masa terdekat, realme Malaysia akan anjurkan promosi 4.4 Double Digit Sale yang menawarkan diskaun menarik dalam Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Perlu diingati bahawa setiap platform e-dagang ini mempunyai promosi dan tempoh yang berlainan untuk kempen ini.

Dalam Shopee, mereka menawarkan diskaun sehingga 50%, pulangan tunai (cashback) Shopee tambahan sebanyak 15% dan baucar penghantaran percama. Promosi ini akan ditawarkan pada 3 hingga 4 April sahaja.

Dalam Lazada, mereka turut menawarkan diskaun sehingga 50%, serta baucar platform tambahan sebanyak 12%. Promosi ini akan ditawarkan pada 3 hingga 6 April sahaja.

Dalam TikTok Shop, mereka menawarkan potongan harga sehingga RM600 dan pulangan tunai tambahan sebanyak 8%. Promosi ini akan berlangsung pada 4 hingga 6 April sahaja.

Berikut adalah senarai telefon dan tablet realme yang ditawarkan pada harga istimewa sepanjang promosi ini:

ModelHarga asalHarga promosi (selepas baucar)
Shopee | 3 April (8pm) – 4 April
realme GT 6TRM2,399RM1,779
realme Note 60x (Shopee sahaja)RM369RM315
realme Pad 2 (6+128GB) (percuma papan kekunci, pen, sarung bernilai RM327)RM1,299RM959
Lazada | 3 April (8pm) – 6 April
realme 13 Pro+ 5GRM2,299RM1,799
realme 14x (8+128GB)RM899RM799
realme C61RM499RM449
TikTok | 4 April – 6 April
realme 14x (8+256GB)RM1,099RM999
realme 12+RM1,499RM999
realme C65RM699RM599

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version