Site icon TechNave BM

realme membocorkan spesifikasi realme 6i sebelum pelancarannya, Helio G80 dan bateri 5000mAH

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai reka bentuk dan beberapa spesifikasi realme 6i yang muncul dalam senarai FCC. Terkini, pendedahan poster acahan realme 6i yang dikongsikan sendiri oleh realme Myanmar telah mengesahkan spesifikasi seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

Melalui poster di bawah, jelasnya realme 6i bakal dilengkapi cipset Helio G80 dan bateri besar 5000mAh bersama pengecasan pantas ’18W Quick Charge’. Bukan itu sahaja, realme 6i bakal dilengkapi tetapan kamera quad yang dihuni kamera utama AI 48MP dan kamera selfie AI 16MP. Sebagai makluman, peranti ini akan dilancarkan pada 17 Mac 2020 (esok).

Untuk membayangkan reka bentuknya, anda boleh merujuk artikel lalu. Sebagai tambahan, peranti ini juga telah muncul dalam senarai GeekBench dengan nombor model realme RMX2040 yang memperlihatkan spesifikasi RAM 4GB dan sistem yang dioperasikan oleh Android 10.

Peranti sebelumnya, realme 5i masih hangat di pasaran. Adakah anda berminat dengan realme 6i? Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version