Site icon TechNave BM

realme mengacah telefon Coca-Cola, mungkin edisi khas dalam siri realme 10

Baru-baru ini, terdapat imej janaan telefon pintar berjenama Coca-Cola tetapi tiada pengesahan mengenai pembuatnya kerana telefon itu tidak mempunyai logo mana-mana jenama telefon pintar. Memandangkan persamaan reka bentuknya dengan siri realme 10, adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa telefon Coca-Cola akan menjadi edisi khas dalam siri ini.

realme hari ini menyiarkan klip pendek di Twitter memberi bayangan kerjasamanya dengan Coca-Cola. realme menyiarkan klip video di Twitter dengan teks “Sesuatu yang menarik sedang berbuih!” dan telefon pintar dengan latar belakang berbuih kemerahan bersama semua bunyi yang biasa kita lihat dalam minuman seperti Coca-Cola.

realme juga mengemaskini laman rasminya bersempena acara perasmian siri realme 10 dengan latar belakang yang sama tetapi kali ini dengan teks “realme is set to get really refreshing.” Pada halaman yang sama juga terdapat imej botol minuman dengan dentuman minuman dalam bentuk realmeow iaitu maskot rasmi realme.

Ia mempunyai teks “Get ready to say Cheers For Real.” Semua ini membuktikan bahawa realme telah bekerjasama dengan Coca-Cola untuk telefon pintar edisi Coca-Cola dalam siri realme 10. Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang telefon realme edisi Coca-Cola dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter realme

Exit mobile version