Site icon TechNave BM

realme mengajak peminat sambut ambang tahun baru bersama realmeow

Baru-baru ini, realme telah memperkenalkan maskotnya realmeow kepada umum. realme kini mengumumkan dua buah siaran dalam talian yang bakal dilangsungkan untuk menyambut tahun baharu bersama peminat.

Melalui siaran langsung realmeow Leaps to Space pada 31 Disember 2020, jam 8 malam di laman Facebook realme Malaysia, anda boleh berkongsi azam tahun baharu anda bersama realmeow.

Pada jam 11.30 malam pula, anda boleh mengira detik ambang tahun baharu melalui Leap to 2021 Countdown Party bersama DJ Perry Kuan. Menurut realme, terdapat cabutan bertuah akan diadakan melalui siaran langsung ini.

Adakah anda bakal menyertai siaran langsung di laman Facebook realme pada 31 Disember ini? Kongsikan komen anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version