Site icon TechNave BM

realme mungkin akan lancarkan komputer riba pada suku ketiga 2021

realme merupakan sebuah jenama teknologi yang terkenal dengan telefon pintar serta pelbagai aksesori Internet Pelbagai Benda (IoT), dan kini peminat jenama tersebut boleh menjangkakan komputer riba realme dalam masa terdekat.

Terbaru, realme telah mengadakan satu tinjauan awam di mana sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan kepada realme tentang ciri-ciri komputer riba kegemaran. Tinjauan tersebut dibina dalam Google Docs dan ditujukan kepada pelanggan di India, namun peminat realme di Malaysia boleh turut memberikan maklum balas mereka.

Dalam tinjauan tersebut, pelbagai soalan ditanyakan termasuklah jenama komputer riba yang sedang digunakan, tujuan kegunaan, harga yang sanggup dibayar dan banyak lagi. Satu soalan yang menarik adalah sama ada peserta sanggup untuk membeli komputer riba baru dalam masa tiga bulan dari sekarang.

Ini mungkin bermaksud realme akan melancarkan sebuah komputer riba dalam tempoh tersebut iaitu sekitar suku ketiga (Julai-September) 2021. Jika ini benar, realme mungkin akan menggunakan hasil daripada tinjauan ini untuk menyusun strategi pemasaran komputer riba mereka.

Adakah anda berminat dengan komputer riba oleh realme? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme Community

Exit mobile version