Site icon TechNave BM

realme mungkin akan lancarkan telefon Snapdragon 778G dan 870 pada 18 Jun

Pada minggu lepas, cipset telefon pintar kelas pertengahan Snapdragon 778 telah pun dilancar dan realme merupakan salah satu jenama yang akan melancarkan telefon baru dengan cipset tersebut, dinamakan sebagai realme Quicksilver.

Kini, pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station mengatakan telefon tersebut bakal dilancar pada hari Jumaat, 18 Jun. Selain itu, realme akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar pada hari itu yang akan dilengkapi cipset Snapdragon 870.

Ramalan Digital Chat Station dalam Weibo

Snapdragon 870 merupakan cipset yang dibina berdasarkan cipset andalan tahun lepas, Snapdragon 865, dan mempunyai kelajuan clock yang lebih tinggi iaitu pada 3.2GHz berbanding 2.84GHz pada Snapdragon 865. Ia masih menawarkan prestasi pantas namun tidak setaraf dengan cipset andalan tahun ini, Snapdragon 888.

realme masih belum mengesahkan pelancaran pada 18 Jun, namun ia akan menganjurkan satu pelancaran pada 24 Mei di mana telefon realme GT Neo Flash Edition dijangka akan dilancar. Telefon itu mungkin mempunyai spesifikasi yang sama dengan realme GT Neo namun dengan kadar pengecasan yang lebih pantas iaitu 65W.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version