Site icon TechNave BM

realme mungkin keluarkan telefon pintar boleh lipatnya tidak lama lagi

Pasaran telefon pintar lipat semakin hangat dan realme mungkin akan mengeluarkan peranti lipatnya tidak lama lagi.

Ini boleh dilihat di Twitter di mana Ketua Pegawai Eksekutifnya, Madhav Sheth, syarikat itu mungkin akan mengeluarkan telefon pintar boleh lipat tidak lama lagi. Dalam Tweet tersebut, Madhav bertanyakan kepada peminat apa yang mereka mahukan seterusnya, realme flip atau realme fold.

Ini bukan kali pertama realme membuat pendedahan telefon pintar lipat. Jika dilihat balik, naib presiden China syarikat itu berkata bahawa syarikat itu sememangnya sedang berusaha untuk mencipta “boleh lipat mampu milik” tetapi tiada sebarang pengumuman sejurus kenyataan itu. 

Buat masa ini, beberapa syarikat telefon telah pun menghasilkan telefon lipat mereka sendiri termasuk Samsung, HUAWEI, HONOR, Xiaomi dan OPPO. Baru-baru ini, OnePlus pula mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon lipat pertama pada tahun ini.

Kami agak tertanya-tanya mengenai spesifikasi dan reka bentuk yang akan dibawakan. Adakah ia lebih baik berbanding telefon lipat dalam pasaran semasa? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version