Site icon TechNave BM

realme mungkin lancar realme Ace, dilengkapi Snapdragon 875 dengan cas pantas 125W

OPPO telah melancarkan telefon flagship mereka, Ace2 pada bulan April yang lalu dan generasi barunya Ace3 dijangka akan memasuki pasaran separa kedua tahun ini. Namun, ianya mungkin tidak menjadi kenyataan kerana siri Ace ini dikatakan telah beralih ke jenama realme.

Berdasarkan sumber, realme Ace akan menggunakan chipset Snapdragon 875 dan bakal hadir dengan rangka yang nipis. Telefon ini juga dijangka akan menyokong pengecasan pantas yang sangat laju.

Buat masa ini, telefon kelas pertengahan dan flagship realme sudah pun menggunakan pengecasan pantas 65W. Jadi, ianya tidak mustahil jika realme Ace akan dilengkapi pengecasan pantas UltraDart 125W setelah teknologi itu diperkenalkan oleh realme pada bulan Julai yang lepas. Pengecasan 125W ini dapat mengecas penuh bateri 4,000mAh dari 0% sehingga 33% dalam masa 3 minit sahaja.

OPPO Ace2 yang tidak masuk ke pasaran Malaysia

realme Ace ini mungkin akan memasuki pasaran telefon pintar pada awal tahun hadapan.

Adakah peranti ini bakal memasuki pasaran Malaysia sewaktu dilancarkan kelak? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version