Site icon TechNave BM

realme narzo 30 dilancar di Malaysia: Helio G95, skrin 90Hz, cas pantas 30W berharga RM699

realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme narzo 30. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang agak bagus dengan harganya, termasuklah cipset MediaTek Helio G95, skrin 90Hz, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 30W.

realme narzo 30 dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci dalam resolusi Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz, nisbah skrin-ke-badan 90.5% dan keterangan sehingga 580 nits.

Pengecasan 30W Dart Charge dalam telefon ini dikatakan boleh mengecas penuh dalam masa 65 minit sahaja, manakala pengecasan 50% mengambil masa 25 minit. Jika anda seorang pengguna yang mengutamakan prestasi bateri, ia dilengkapi Super Power Saving Mode yang boleh bertahan sehingga 40 jam.

Satu perkara yang menarik dalam telefon ini adalah permukaan berkilauan di belakang yang mempunyai corak V, diinspirasikan daripada corak kereta lumba. Ia ditawarkan dalam warna perak Racing Silver atau biru Racing Blue. Rekaan ini adalah berlainan dengan realme narzo 30A yang dilancarkan sebelum ini.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme narzo 30:

realme narzo 30 akan mula dijual pada 20 Mei di Shopee pada harga istimewa RM699 sahaja. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version