Site icon TechNave BM

realme narzo 30A akan dilancar di Malaysia pada 30 Mac

realme Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar realme narzo 30A pada hari Selasa, 30 Mac jam 12:00 tengah hari. Sebelum ini, siri realme Narzo 30 telah dilancar di pasaran India dan ia menampilkan pelbagai fungsi yang dikhususkan untuk kegunaan gaming.

realme narzo 30A bakal dilengkapi cipset MediaTek Helio G85, bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 18W Dart Charge dan skrin LCD HD+ berukuran 6.5 inci. Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 13MP, kamera monokrom 2MP dan kamera swafoto 8MP.

Di samping narzo 30A, realme Malaysia akan melancarkan kelengkapan gaming realme yang pertama termasuklah realme Mobile Game Controller, kipas penyejuk realme Cooling Back Clip dan sarung jari realme Mobile Game Finger Sleeves.

Pelancaran narzo 30A akan disiarkan dalam laman Facebook realme Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version