Site icon TechNave BM

realme Narzo 30A dikesan dalam Geekbench, mungkin dilengkapi Helio G85

Siri telefon pintar realme Narzo 30 akan dilancarkan tidak lama lagi pada 24 Februari dan beberapa spesifikasi awal tentangnya telah pun tertiris. Terkini, spesifikasi untuk realme Narzo 30A telah muncul dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench di mana ia mungkin akan dilengkapi cipset pertengahan MediaTek Helio G85.

Sebuah peranti realme dengan nombor model RMX3171 menunjukkan bahawa ia dilengkapi cipset MT6769V/CZ yang menunjukkan kepada Helio G85, iaitu cipset sama yang terdapat pada realme Narzo 20 sebelum ini. Geekbench turut memaklumkan bahawa telefon ini akan dilengkapi sistem operasi Android 10 dan RAM 4GB.

Nombor model RMX3171 sudah pun disahkan sebagai realme Narzo 30A menurut badan pengiktirafan Thailand. Pada minggu lalu, realme memaklumkan bahawa Narzo 30 Pro dan Narzo 30A akan dilancar pada 24 Februari, namun masih tidak pasti jika Narzo 30 standard akan turut dilancar pada hari itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Geekbench

Exit mobile version