Site icon TechNave BM

realme Narzo 30A lepasi pensijilan NBTC, bakal dilancar tak lama lagi

Pada bulan November yang lalu, realme telah melancarkan telefon siri Narzo 20 untuk pasaran Malaysia. Di Malaysia, siri ini hadir dengan dua model sahaja iaitu Narzo 20 dan Narzo 20 Pro. Manakala di pasaran yang lain, ia hadir dengan lagi satu model iaitu Narzo 20A. Terbaru, sumber memberitahu bahawa generasi baru untuk Narzo 20A ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Berdasarkan sumber, realme dijangka akan melancarkan siri Narzo 30 di beberapa pasaran Asia seperti Thailand dan India tidak lama lagi. Hal ini berlaku kerana baru-baru ini sebuah telefon dengan nama realme Narzo 30A telah dikesan di pangkalan data NBTC Thailand.

Selain dari itu, sebuah telefon dengan nombor model RMX3171 juga telah muncul di biro piawaian India BIS. Namun, nama peranti tersebut tidak ditunjukkan ketika disenaraikan di BIS. Penyenaraian di NBTC mengesahkan bahawa RMX3171 adalah nombor model untuk realme Narzo 30A.

Sebelum ini, RMX3171 juga pernah dikesan di pangkalan data Indonesia. Malangnya, semua penyenaraian ini tidak menunjukkan sebarang spesifikasi peranti realme Narzo 30A.

Siri Narzo 30 dijangka akan hadir dengan tiga model iaitu realme Narzo 30A, Narzo 30 dan Narzo 30 Pro dan berkemungkinan akan memasuki pasaran pada bulan Februari ini.

Nantikan pelancaran siri Narzo 30 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version