Site icon TechNave BM

realme Narzo 30A rasmi di Malaysia: Helio G85, bateri 6000mAh berharga RM499

Terkini, realme dilihat telah merasmikan realme Narzo 30A di pasaran Malaysia pada harga pengenalan RM499. Peranti kelas permulaan ini boleh mula didapati secara dalam talian pada 4 April 2021.

Terdahulu, realme Narzo 30A dan Narzo 30 Pro 5G telah dilancar buat pertama kali di pasaran India pada Februari lalu. Setakat ini, realme Malaysia hanya mengumumkan realme Narzo 30A sahaja. Peranti kelas permulaan ini hadir dengan beberapa spesifikasi baik seperti kapasiti bateri 6000mAh dan cipset MediaTek Helio G85. Anda boleh menyemak spesifikasi selanjutnya seperti di bawah.

Lihat video pelancaran di pautan Facebook rasmi realme Malaysia

realme Narzo 30A boleh didapati di pasaran secara dalam talian di Shopee bermula pada 4 April 2021 (12AM) pada harga istimewa RM499 (harga asal RM599). Terdapat dua lagi aksesori yang dijual berasingan (semak pada pautan ini).

Adakah anda berminat dengan realme Narzo 30A? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Exit mobile version