Site icon TechNave BM

realme Narzo 50 5G mungkin akan dilancar dalam warna biru dan hitam

realme telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas permulaan realme Narzo 50 5G pada 18 Mei 2022. Rupa bentuknya masih belum diketahui, namun beberapa gambar yang tertiris kini telah menunjukkan varian warna yang akan ditawarkan untuk telefon itu.

Menurut gambar tersebut, realme Narzo 50 5G akan dilancar dalam warna hitam dan biru. Sebelum ini, siri realme Narzo memang kerap dilancar dalam warna hitam namun warna biru adalah sesuatu yang jarang.

Telefon tersebut bakal mempunyai ketebalan sebanyak 8 milimeter. Spesifikasinya pula dijangka terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 810, skrin AMOLED FullHD+ berukuran 6.58 inci dengan kadar 90Hz, RAM 6GB, storan 128GB, realme UI 3.1 berdasarkan Android 12, bateri 4,800mAh dan pengecasan pantas 33W.

Selain itu, ia juga akan mempunyai varian realme Narzo 50 Pro 5G yang bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 920. Sebelum ini, siri realme Narzo 50 telah pun dilancar di Malaysia pada bulan Mac dengan harga bermula daripada RM529.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digit.in

Exit mobile version