Site icon TechNave BM

realme Narzo 50A & Narzo 50i dilancar: Miliki cipset MediaTek dan bateri 5,000mAh bermula ~RM430

realme baru-baru ini telah melancarkan beberapa produk termasuk telefon pintar kelas pertengahan iaitu realme Narzo 50A dan Narzo 50i. Kedua-duanya menggunakan cipset MediaTek dan terdapat tiga kamera.

realme Narzo 50A memiliki tiga kamera yang mana kamera utamanya 50 MP dan dilengkapi MediaTek Helio G85 12nm teras-Octa, ARM Cortex A75, ARM Mali G52. Ia memiliki kapasiti bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Selain itu, telefon ini tersedia dalam dua warna iaitu Oxygen Green dan Oxygen Blue. Harga untuk varian 4GB + 64GB ialah ₹11,499 (~RM650) dan 4GB + 128GB ialah ₹12,499 (~RM700)

Seterusnya, realme Narzo 50i dikuasakan cipset teras-Octa dan hadir dengan kapasiti bateri 5,000mAh. Ia tersedia dalam dua varian iaitu 2GB + 32GB berharga ₹7,499 (~RM430) dan 4GB + 64GB berharga ₹8,999 (~RM500)

Apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang keberadaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki realme Narzo 50A dan Narzo 50i ini serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mint

Exit mobile version