Site icon TechNave BM

realme Narzo 50i Prime mungkin akan dilancar pada 22 Jun 2022

realme telah melancarkan pelbagai varian dalam siri realme Narzo 50 pada tahun ini, seperti realme Narzo 50 5G, realme Narzo 50A Prime dan realme Narzo 50. Kini, jenama telefon itu akan mungkin melancarkan sebuah lagi varian iaitu realme Narzo 50i Prime.

Menurut media 91mobiles, telefon itu mungkin akan dilancar di India pada hari Rabu, 22 Jun 2022. Berdasarkan poster yang telah tertiris, telefon ini akan menampilkan rekaan ringkas dengan permukaan belakang yang dibuat daripada plastik, satu kamera di belakang dan bahagian sisi yang rata.

Ia akan ditawarkan dalam warna hitam dan hijau. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto yang diletakkan dalam takuk di bahagian atas skrin. Spesifikasinya masih belum diketahui kecuali baterinya yang berkapasiti 5,000mAh.

realme Narzo 50i Prime dijangka akan dijual pada harga USD100 (~RM440), namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi berkenaan peranti ini daripada realme. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91mobiles

Exit mobile version