Site icon TechNave BM

realme Note 50 dilancar di Malaysia: UNISOC T612 & kamera 13MP bermula RM349

realme telah melancarkan telefon pintar peringkat permulaan terbaru mereka iaitu realme Note 50 yang diberi slogan “Long-lasting Value Beast“. Dijual bermula dari RM349, realme Note 50 menyampaikan teknologi tanpa kompromi kepada pengguna yang mencari telefon pintar berkualiti tinggi pada peringkat permulaan.

Sempena sambutan Hari Raya, pembeli kini boleh mendapatkan realme Note 50 pada harga yang lebih berpatutan. Mulai daripada sekarang hingga 7 April 2024, pengguna platform Shopee boleh mendapatkan telefon ini pada harga istimewa RM299, sementara platform Lazada juga menawarkan kupon diskaun daripada 4 April hingga 6 April.

realme Note 50 menampilkan paparan skrin penuh 6.74 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 90.3% dan menyokong kecerahan puncak sehingga 560 nits dengan kadar penyegaran tinggi 90Hz. Peranti ini mempunyai cipset UNISOC T612 okta-teras bersama RAM sehingga 8GB dan ROM sehingga 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 2TB.

Dengan bateri 5,000mAh, ia boleh memainkan muzik berterusan sehingga 106 jam, memberikan jaminan yang berpanjangan. Dengan dedikasi pasukan R&D realme, pengguna boleh menantikan pengalaman lancar yang berterusan sehingga 48 bulan pada model peringkat permulaan ini.

Selain itu, ia dilengkapi dengan Mini Capsule yang membolehkan pengguna dikemas kini tentang statistik langkah mereka, bateri dan penggunaan data. realme Note 50 menawarkan komitmen kepada kebolehpercayaan dan ketahanan dengan penarafan IP54 yang menawarkan perlindungan terhadap habuk dan air serta pelindung skrin kaca berkekuatan tinggi.

Berikut adalah spesfiikasi ringkas realme Note 50:

Ia tersedia dalam warna Sky Blue dan Midnight Black, hadir dengan dua varian yang berbeza iaitu 4GB+64GB dengan harga RM349 dan 4GB+128GB dengan harga RM399. Anda boleh mendapatkan peranti ini melalui pelbagai saluran pembelian termasuk realme Brand Stores, pengedar sah serta platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version