Site icon TechNave BM

realme Number Series capai jualan 40 juta unit, antara rekod terpantas dalam industri telefon

Menurut data daripada firma analisa Strategy Analytics, realme telah berjaya menjual telefon pintar sebanyak 80 juta unit di seluruh dunia sejak pengenalannya pada 2018. Jumlah jualan tersebut terdiri daripada 40 juta unit untuk telefon kelas pertengahan realme Number Series dan 40 juta unit untuk telefon kelas permulaan realme C series.

Ini menjadikan realme Number Series antara jenama terpantas dalam industri telefon pintar yang berjaya merekod 40 juta unit dalam masa 14 penggal tahunan (quarters) sejak realme 1 diperkenalkan pada 2018. Jenama lain yang mencatatkan prestasi sama termasuklah Samsung A, Xiaomi Redmi, OPPO A dan vivo iQOO.

Siri telefon terbaru dalam realme Number Series setakat ini adalah siri realme 8 yang diperkenalkan pada tahun 2021. Sementara itu, siri realme 9 pula telah pun memperkenalkan varian pertama untuk tahun ini iaitu realme 9i yang dilancar beberapa minggu lalu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version