realme P3 Ultra menonjol dengan reka bentuk unik Glow-in-the-Dark pertama di dunia yang memancarkan cahaya seperti bintang pada waktu siang dan membentuk corak hijau bercahaya pada waktu malam.
Panel belakangnya menggunakan ukiran mikro untuk memberikan rasa seakan menyentuh debu bulan. Dengan rekaan nipis hanya 7.38mm, rangkaian tepi ultra-nipis dan hiasan Cosmic Star Ring Deco, peranti ini bukan sahaja anggun, tetapi juga selesa digenggam dan estetik futuristik. Paparan AMOLED Quad-Curved 1.5K dengan bezel 1.6mm menjadikan tontonan lebih imersif manakala teknologi pemalapan PWM 3840Hz memastikan mata kekal selesa dalam cahaya malap.
Beralih ke bahagian prestasi, realme P3 Ultra dikuasakan cip Dimensity 8350 Ultra dengan skor AnTuTu melebihi 1.45 juta. Ia menyokong permainan 120FPS selama 6 jam serta mampu melakukan pelbagai tugas dengan lancar dengan RAM 12GB. Kamera Sony 50MP OIS AI menawarkan imej berkualiti tinggi walaupun dalam cahaya rendah bersama rakaman video 4K 60FPS.
Dengan bateri Titan 6,000mAh dan pengecasan pantas 80W, ia sesuai untuk penggunaan intensif. Sistem penyejukan Bionik yang dipertingkat juga memastikan suhu kekal rendah walaupun semasa sesi permainan atau rakaman berat.
Spesifikasi realme P3 Ultra:
- Paparan: AMOLED Quad-Curved 1.5K, bezel 1.6mm, 3840Hz PWM
- Cipset: MediaTek Dimensity 8350 Ultra
- RAM 12GB
- Storan 256GB
- Kamera Belakang: Sony IMX896 50MP OIS AI (1/1.56”)
- Bateri: Titan 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W
- Lain-lain: Anti-salah sentuh, reka bentuk ergonomik futuristik
- Harga: RM1,699
Promosi eksklusif realme P3 Ultra berlangsung daripada 16 hingga 30 Jun 2025 di mana pelanggan berpeluang menerima hadiah percuma bernilai RM349 termasuk baucar pelancaran bernilai RM150 dan jaminan lanjutan satu tahun bernilai RM199. Sempena TikTok Super Brand Day daripada 17 hingga 19 Jun 2025, peranti ini ditawarkan pada harga istimewa RM1,399 bersama jaminan lanjutan satu tahun secara percuma.
Promosi ini boleh didapati di kedai rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

