Site icon TechNave BM

realme Pad 2 akan dilancar pada 19 Julai 2023, dilengkapi skrin 11.5 inci

realme bakal melancarkan tablet pertamanya untuk tahun ini iaitu realme Pad 2 pada 19 Julai 2023 di India. Tablet itu bakal dilengkapi skrin berukuran 11.5 inci dengan resolusi 2000×1200, warna 10-bit, kecerahan 450 nits, sempadan bezel yang nipis dan kadar segar semula 120Hz.

Di belakang, tablet itu bakal mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat dan rekaan dua tona dalam warna kelabu atau hijau. Di bahagian sisi pula, ia mempunyai satu port USB-C serta dua pembesar suara di bahagian kanan dan dua lagi di bahagian kiri.

Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah cipset MediaTek Helio G99 yang menyokong rangkaian telekomunikasi LTE, bateri 8,360mAh dan pengecasan pantas 33W. Sebelum ini, realme Pad 2 telah dikesan dalam pengiktirafan SIRIM, jadi kita boleh menjangkakan kehadirannya untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version