Site icon TechNave BM

realme Pad 2 dan Buds Air 5 turut dilancarkan bersama-sama realme 11 5G pada 30 Ogos ini

realme, antara jenama telefon pintar yang berkembang pesat telah mengesahkan bahawa produk AIoT Leap-forward iaitu realme Pad 2 dan realme Buds Air 5 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 30 Ogos 2023 bersama realme 11 5G.

Bertemakan ‘No Leap No Launch’, realme Pad 2 menawarkan peningkatan terbesar dalam siri Pad realme. Tablet ini direka untuk membawa produktiviti pengguna ke tahap yang lebih tinggi. Ia hadir dengan dengan paparan 11.5 inci, kadar penyegaran sehingga 120Hz serta menyokong rangkaian LTE.

Selain itu, realme Pad 2 turut dilengkapi bateri berkapsiti 8,360mAh dengan pengecasan pantas 33W, RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 256GB. Sementara itu, realme Buds Air 5 menyepadukan tiga teknologi peringkat maksimum pembatalan hingar termasuk Pembatalan Bunyi Aktif 50dB dan Pembatalan Bunyi Panggilan 6 mikrofon.

Menampilkan reka bentuk dwi pembatalan hingar, fon telinga terbaharu ini menggunakan pemacu mega titanizing 12.4mm yang telah dinaik taraf untuk menyampaikan bass penuh serta medan bunyi yang hebat di atas vokal yang jelas. Buds Air 5 realme juga menikmati tempoh main balik sehingga 38 jam.

Nantikan kemunculannya pada 30 Ogos ini dan jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

Exit mobile version