Site icon TechNave BM

realme Pad 2 dilancar: Helio G99, skrin 120Hz, RAM 16GB dan bateri 8,360mAh bermula ~RM1,111

realme Pad 2 telah diperkenalkan di India dengan dua varian warna iaitu Inspiration Green dan Imagination Grey. Tablet ini juga dijangka akan masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi setelah dikesan pada pensijilan SIRIM.

Di laman web rasmi realme India, realme Pad 2 menampilkan cipset MediaTek Helio G99, sehingga RAM 16GB dengan Dynamic RAM dan storan 256GB. Ia mempunyai paparan yang lebih besar berbanding sebelum ini berukuran 11.5 inci menyokong resolusi 2K dan kadar penyegaran 120Hz. Selain itu, ia menggunakan bateri 8,360mAh yang besar dengan pengecasan SUPERVOOC 33W dan sistem operasi UI realme 4.0.

Namun, ciri RAM Dinamik hanya disediakan pada varian 8GB + 256GB, jadi anda tidak akan mendapatkannya pada varian 6GB + 128GB. Kedua-dua model menampilkan LTE dan kamera AI 8MP. Terdapat satu lagi kamera di belakang tetapi sensor yang dibawa tidak dinyatakan.

Perlu juga dinyatakan bahawa realme Pad 2 mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos manakala kadar penyegaran semulanya boleh disuaikan dan berubah secara automatik mengikut kandungan yang dipaparkan pada skrin. Selain itu, skrinnya membawa kecerahan puncak 450nits, 1 bilion warna, kecerahan penyesuaian dan perlindungan cahaya biru.

Model 6GB + 128GB berharga 19,999 Rupee (~RM1,111) manakala model 8GB + 256GB berharga 22,999 Rupee (~RM1,278). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version