Site icon TechNave BM

realme Pad 5G mungkin hadir dalam varian Snapdragon 870 dan Snapdragon 8 Gen 1+

Kini, terdapat pendedahan mendakwa bahawa realme Pad 5G mungkin tiba dalam dua varian CPU menampilkan cipset siri Snapdragon 8 yang berbeza. Berikut adalah maklumat spesifikasi realme Pad 5G yang diketahui setakat ini.

Varian cipset Snapdragon 870 tablet ini dilengkapi dengan skrin LCD dengan resolusi 2.5K. Peranti ini akan disokong oleh bateri 8,360mAh. Namun, tiada sebarang butiran mengenai kamera atau keupayaan pengecasan pantas peranti itu. Sumber turut menambah bahawa tablet akan hadir dengan sokongan stilus.

realme Pad 5G pula berkemungkinan menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 1+ yang mungkin dirasmikan pada penggal kedua 2022. Malangnya, tiada maklumat lain mengenai tablet ini melainkan kemunculannya di pasaran China dengan nama realme Pad 5G Master Explorer Edition.

Pada tahun lepas, realme memasuki pasaran tablet dengan melancarkan realme Pad, di mana ia membawa cipset Helio G80 yang merupakan peranti 4G. Pada bulan April, realme mengumumkan realme Pad mini di beberapa pasaran seperti Filipina, India dan Malaysia. realme Pad mini dikuasakan oleh cipset Unisoc T616, skrin LCD 8.7 inci, RAM 4GB + storan 64GB bersama slot mikroSD sehingga 1TB dan bateri 6,400mAh.

Kini, Ketua Pegawai Eksekutif realme, Madhav Sheth telah mengesahkan kehadiran realme Pad 5G untuk pasaran global selain dari China. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version