Site icon TechNave BM

realme Pad dilancar di Malaysia: Dilengkapi Helio G80 dan skrin WUXGA+ 10.4” bermula RM899

Hari ini, realme Malaysia telah melancarkan beberapa produk baharu termasuk realme Pad. realme Pad telah dilancarkan di China pada 22 Oktober dan kini ia telah tiba di pasaran Malaysia.

realme Pad hadir dengan ciri Eye Comfort iaitu membantu penggunanya dengan menetapkan keterangan mengikut mod membaca. Ini alan membantu pengguna untuk membaca sesuatu pada skrin dengan selesa.

Selain itu, realme Pad dilengkapi sistem audio yang ditala oleh Dolby Atmos. Audionya disempurnakan dengan empat pembesar suara dan menghasilkan suara yang sangat mengagumkan.

Berikut adalah spesifikasi penuh bagi realme Pad:

realme Malaysia akan menganjurkan promosi awal untuk realme Pad, di mana ia akan dijual pada harga promosi RM849 sahaja dalam masa terhad. Ia akan mula dijual pada 11 November 2021 di laman rasmi realme Malaysia dalam Lazada dan Shopee.

Anda boleh melayari laman rasmi realme Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Pad dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version