Site icon TechNave BM

realme Pad dilancar: Tablet 10.4 inci dengan cipset Helio G80, bateri 7,100mAh bermula ~RM790

Pada hari ini, realme telah memperkenalkan tablet pertama oleh syarikat itu iaitu realme Pad. Tablet ini menampilkan rekaan nipis 6.9mm dengan skrin berukuran 10.4 inci dan beresolusi WUXGA+ 2000×1200.

realme Pad turut dilengkapi bateri berkapasiti 7,100mAh yang realme akui boleh bertahan sehingga 65 hari dalam mod standby. Untuk mengecas bateri tersebut, ia menyokong pengecasan pantas 18W dan turut menyokong fungsi pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain.

Daripada segi prestasi, realme Pad dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, pilihan RAM 3GB atau 4GB serta storan dalaman 32GB atau 64GB. Ia turut mempunyai sebuah kamera swafoto 8MP dengan sudut ultra-lebar 105 darjah dan didampingi dwi-mikrofon yang menyokong pembatalan hingar (noise cancellation). Sebuah lagi kamera berada di bahagian belakang tablet.

Selain itu, realme Pad mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos dan perisian realme UI berdasarkan Android 11. Tablet ini akan ditawarkan dalam dua varian utama iaitu Wi-Fi dan 4G LTE + Wi-Fi. Berikut adalah harga realme Pad untuk pasaran India:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan tablet ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Pad dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version