Site icon TechNave BM

realme Pad Mini dilancar: Tablet 8.7 inci, bateri 6,400mAh bermula ~RM815

realme telah melancarkan tablet terbaru mereka di Filipina iaitu realme Pad Mini yang dilengkapi skrin 8.7 inci dan cipset kelas permulaan Unisoc T616.

Skrinnya mempunyai panel LCD dan resolusi 1340×800 dengan bezel yang agak tebal di bahagian atas dan bawah. Selain itu, tablet ini mempunyai pengecasan pantas 18W, bateri 6,400mAh, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan ukuran 211.8 x 124.48 x 7.6 m.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 8MP f/2.0 dan sebuah kamera swafoto 5Mp f/2.2. Ia boleh dihubungkan dengan rangkaian Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac dan Bluetooth 5.0.

realme Pad Mini dijual pada harga PHP9,900 (~RM815) untuk varian 3GB+32GB WiFi+LTE dan PHP11,990 (~RM985) untuk varian 4GB+64GB WiFi+LTE. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version